Pertandingan Lagu Eurovision 1956
Pertandingan Lagu Eurovision 1956

Pertandingan Lagu Eurovision 1956

Pertandingan Lagu Eurovision 1956 merupakan Pertandingan Lagu Eurovision yang pertama kali diadakan.[1] Ia diadakan di Lugano, Switzerland pada 24 Mei 1956. Lokasi penganjuran pertandingan pertama ini ialah Teatro Kursaal. Terdapat 14 penyertaan yang menyertai pertandingan ini, kesemua penyertaan tersebut berasal dari Itali, Luxembourg, Jerman, Belgium, Belanda, Perancis, dan Switzerland. Tujuh peserta pertama tersebut masing-masing mengirimkan 2 penyertaan. Austria, Denmark, dan United Kingdom, ditolak kerana mendaftar pada saat akhir. Acara yang diadakan oleh BBC iaitu Festival of British Popular Song, yang sepatutnya diadakan sebelum pertandingan ini diadakan untuk pra-pemilihan di United Kingdom, malah belum diadakan sehingga penganjuran pertandingan ini. Keputusan sebenar pertandingan ini tidak pernah diumumkan, yang diumumkan hanyalah juara sahaja. Juaranya ialah Switzerland dengan lagunya Refrain yang dinyanyikan oleh Lys Assia. Terdapat juga kontroversi dalam pengundian, di mana Luxembourg tidak mengirimkan juri, tetapi membolehkan juri dari Switzerland untuk mengambil undian.Tiada penyutingan video yang pernah dibuat oleh para peserta, walaupun ada rakaman audio (meskipun 20 minit hilang dari bahagian pertama aksi penutup tirai sehingga pengumuman pemenang dibuat). Petikan filem berita persembahan Lys Assia yang menampilkan "Refrain", hanya menjadi video terkenal dari pertandingan ini. Peraturan pertandingan ini ialah setiap negara mempunyai peringkat akhir kebangsaan, peraturan ini dimansuhkan beberapa tahun kemudian dan beberapa negara memilih lagu secara dalaman.

Pertandingan Lagu Eurovision 1956

Akhir 24 Mei 1956
Lagu yang dimenangi Switzerland
"Refrain"
Konduktor Fernando Paggi
Jumlah penyertaan 14 (7 negara mempersembahkan 2 lagu)
Pengarah Franco Marazzi
Penyampai Lohengrin Filipello
Sistem undian Dua ahli juri dari setiap negara, masing-masing ahli diberikan nilai secara individu; kaedah pengundian tidak dipastikan.
Penutup tirai Les Joyeux Rossignols &
Les Trois Ménestrels
Negara yang membuat penampilan sulung
Penyiar hos Radiotelevisione svizzera di lingua italiana (RTSI)
Penyelia eksekutif Rolf Liebermann
Tempat Teatro Kursaal
Lugano, Switzerland